OECD Unjur Ekonomi Dunia Tumbuh 2.9 Peratus

(CRI)Khamis 30 November 2023

Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) dalam laporan terkininya meramalkan pertumbuhan ekonomi global akan perlahan sedikit pada tahun ini, tetapi risiko berlakunya pendaratan keras semakin berkurangan.

OECD mengunjurkan ekonomi global berkembang sebanyak 2.9 peratus pada 2023, menurun kepada 2.7 peratus pada 2024 dan mencapai tiga peratus pada 2025.

Ekonomi Asia yang berkembang pesat antara penyumbang utama kepada prestasi itu.

Dalam laporan itu, OECD turut menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi China bagi 2023 kepada 5.2 peratus, lebih tinggi daripada jangkaan pada September.

Video

Berita Berkaitan