Lihat secara Objektif Masalah Struktur Ekonomi China

Struktur ekonomi tidak tersusun yang dialami China pada masa ini, adalah perkara biasa dalam proses pembangunan ekonomi, yang juga dialami negara lain, bukannya hanya berlaku di China.

Sebagai contoh, masalah populasi sudah menjadi satu krisis global. Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) AS, EU dan Jepun berada di bawah paras penggantian, iaitu 2.1%. Kadar kesuburan keseluruhan di Korea Selatan pula mencatat hanya 0.78% pada 2022, jauh rendah daripada China iaitu 1.09%.

Berhubung masalah hutang, AS dan EU masing-masing mengalami Big Debt Cycle sejak 2008 dan 2010, apatah lagi krisis hutang yang dialami ekonomi yang sedang pesat membangun serta negara berpendapatan sederhana dan rendah.

Menyentuh sektor hartanah, krisis gadai janji subprima AS pada 2007, gelembung ekonomi Jepun pada 1990an, kedua-dua ada kaitan dengan hartanah.

Bagi isu-isu tersebut, kerajaan China giat mencari penyelesaian untuk sekian lamanya, terutamanya menimba pengalaman negara maju di samping mempertimbangkan situasi sebenar di China. Dasar “satu keluarga dua anak” dilaksanakan mulai 2015, kemudiannya dasar tiga anak pula berkuat kuasa mulai 2021. Tahun-tahun kebelakangan ini, pengurangan kos melahirkan dan membesarkan anak serta kos pendidikan banyak kali diungkapkan dalam sidang penting.

Untuk masalah hutang pula, China aktif mencari penyelesaian bagi masalah hutang kerajaan tempatan dan berusaha menghapuskan peminjaman haram kerajaan tempatan dari akarnya melalui reformasi.

Bagi isu hartanah pula, Persidangan Kerja Ekonomi Pusat 2016 menekankan pentingnya keseimbangan sektor hartanah dengan ekonomi sebenar. Persidangan 2022 pula mementingkan perlunya memastikan industri hartanah beralih ke model baharu dengan lancar dan berkembang secara stabil.

Ekonomi China yang kini sedang beralih kepada perkembangan yang berkualiti daripada perkembangan yang pesat, antara faktor masalah struktur ekonomi tidak tersusun semakin menonjol di China. Sejak separuh kedua 2021, masalah lebihan kapasiti dan pengeluaran hartanah China semakin menonjol. Keluasan rumah yang dijual menurun kepada 1.12 bilion meter persegi pada 2023 daripada 1.8 bilion pada 2021, iaitu paras kemuncak. Macro leverage ratio China pula kembali meningkat  ekoran pandemik COVID-19.

Tidak dapat dinafikan, faedah hutang menjadi beban kepada kerajaan tempatan. Namun hutang kerajaan di China kebanyakannya adalah hutang domestik. Selagi keadaan ekonomi dan sosial kekal stabil dan kenaikan itu terkawal, masalah berkenaan mampu diselesaikan dengan teratur.

Di samping itu, wabak COVID-19 ditambah dengan cabaran geopolitik menyulitkan lagi situasi. Tahun-tahun kebelakangan, AS menyasarkan China sebagai pesaingnya dan mengenakan pelbagai sekatan. Pada 2020, China mengemukakan saranan pola pembangunan “Dua Kitaran”, yang terbukti berkesan mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dengan mencungkil potensi pasaran domestik. Hal ini dapat dilihat dalam statistik ekonomi China pada 2023.

Persidangan Kerja Ekonomi 2023 mengemukakan bahawa, ekonomi China berdepan dengan cabaran luaran mahupun dalaman terutamanya lebihan kapasiti dan permintaan yang tidak mencukupi. Namun China yakin dapat mengekalkan dan meningkatkan lagi momentum pemulihan ekonomi negara dengan langkah yang berkesan.

Video

Berita Berkaitan