Sesi Kedua NPC Ke-14 Dirasimikan

(CRI)Selasa 05 Mac 2024

Sesi kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14 dirasmikan di Beijing pada pagi tadi.

Hampir 3,000 wakil dari seluruh negara menyertai sesi tahunan tersebut untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan di sisi perlembagaan dan undang-undang.

NPC merupakan badan kuasa negara tertinggi di China, dengan tempoh perkhidmatan setiap sesi selama lima tahun, dan sesinya diadakan sekali setahun. Sesi kedua NPC ke-14 ini akan membahaskan laporan kerja kerajaan yang pertama kali dibentangkan oleh kerajaan penggal baharu, sehingga menjadi tumpuan awam.

Di China, sesi tahunan NPC dan sesi tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang diadakan pada awal Mac setiap tahun dikenali sebagai “dua sesi”.

“Dua sesi” bukan sekadar membuat penilaian terhadap prestasi terdahulu, tetapi juga untuk melaksanakan rancangan yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat dan arah pembangunan negara pada masa hadapan.

Sebelum “dua sesi” tahun ini dirasmikan, tumpuan dunia adalah berfokus pada pembangunan berkualiti tinggi, daya produktiviti kualiti baharu, dan sasaran pertumbuhan ekonomi.

Video

Berita Berkaitan