Dasar Fiskal Proaktif Perlu Diperhebat bagi Tingkatkan Kualiti dan Kecekapan

(CRI)Selasa 05 Mac 2024

Menurut laporan kerja kerajaan China yang dikemukakan kepada Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) untuk dibahaskan dan dibincangkan pada pagi tadi, dasar fiskal proaktif itu perlu diperhebat pada tahap sederhana bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan.

“Untuk menyelesaikan secara sistematik masalah modal yang wujud dalam pembinaan sejumlah projek mega ketika memangkin agenda pemerkasaan negara serta kebangkitan nusa dan bangsa, China merancang menerbitkan bon negara khas yang berjangka masa ultra-panjang untuk beberapa tahun berturut-turut bermula tahun ini, dengan memfokuskan pelaksanaan strategi utama negara dan pembinaan kapasiti keselamatan dalam sektor penting."

“Kadar pertukaran RMB perlu dikekalkan pada tahap yang munasabah dan seimbang."

“Usaha perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk membangunkan kewangan yang berteraskan sains, teknologi dan hijau; selain mengoptimumkan langkah-langkah sokongan dalam bidang pembiayaan dan peningkatan kredibiliti untuk memenuhi keperluan pembiayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana,” memetik laporan itu.

Video

Berita Berkaitan