China Bakal Bentuk Rangkaian Air Negara Menjelang 2035

(CRI)Selasa 05 Mac 2024

China akan membentuk rangkaian air negara menjelang 2035.

Demikian dinyatakan Menteri Sumber Air China, Li Guoying dalam sesi 'Saluran Menteri' pertama semasa berlangsungnya persidangan kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 yang diadakan di Beijing pada hari ini.

“Pembinaan kemudahan pengairan China dipercepatkan secara menyeluruh pada tahun 2023 dengan menelan belanja berjumlah RMB1.1996 trilion (RM787.7 bilion ), meningkat 10.1% berbanding tahun 2022 dan mencipta rekod tertinggi dalam sejarah.

“Sebanyak 41,014 buah projek pembinaan kemudahan pengairan telah dilaksanakan bagi memberikan sokongan dan jaminan yang kukuh kepada kawalan banjir, bekalan air, keselamatan makanan dan ekologi.

"Menurut ‘Rangka Pelan Pembinaan Rangkaian Air Negara’, rangkaian air negara akan selesai dibina menjelang 2035 bagi mencapai matlamat yang meliputi sistem yang lengkap, keselamatan terjamin, intensif dan bercekapan tinggi, mesra alam dan pintar, peredaran lancar serta tata kelola dan kawalan yang teratur, sekali gus membentuk sistem keselamatan air negara yang selari dengan pemodenan yang bercirikan negara sosialis,” katanya.

Video

Berita Berkaitan