Permohonan Anugerah Berita Global Jalan Sutera Sesi Kedua Dibuka

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 15 April 2024

Permohonan Anugerah Berita Global Jalan Sutera (Silk Road Global News Awards) tajaan Belt and Road News Network (BRNN) yang dipengerusikan oleh People’s Daily dibuka secara rasmi pada 12 April.

Program tersebut bertujuan meneruskan semangat Jalan Sutera yang mengutamakan kerjasama secara damai, keterbukaan dan keterangkuman, saling belajar, saling untung dan menang bersama. Program juga menyasarkan kerjasama antara media bagi berkongsi kisah mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di wilayah atau negara masing-masing.

Terdapat empat kategori anugerah, iaitu Anugerah Laporan Terbaik, Anugerah Fotografi Terbaik, Anugerah Video Terbaik dan Anugerah Inovasi Terbaik. Masing-masing akan memilih sepuluh finalis, empat calon pemenang dan seorang pemenang terakhir.

Laporan berkenaan hendaklah selaras dengan visi BRI, semangat Jalan Sutera, usaha meningkatkan pertukaran dan pembelajaran antara tamadun serta membangunkan komuniti berkongsi nasib.

Para pemohon hendaklah mendaftar dan memberikan maklumat berkenaan di portal BRNN (www.brnn.com).

Terdapat dua pusingan bagi pencalonan, iaitu pusingan awal oleh panel akademik dan pusingan akhir oleh panel juri. Status pencalonan akan dikemas kini di portal BRNN dari semasa ke semasa.

Untuk maklum, BRNN kini dianggotai sebanyak 261 media dari 109 negara, dan menjadi platform penting bagi menjalinkan kerjasama antara media di bawah kerangka BRI.

Video

Berita Berkaitan