Penduduk Jepun Menentang Pembuangan Air Tercemar Nukelar ke Laut

(CRI)Khamis 25 April 2024

Menurut laporan "Tokyo Shimbun" Jepun, sejumlah organisasi kalangan rakyat Jepun yang menentang pelepasan air tercemar nuklear dari Loji Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi ke laut, mengemukakan petisyen yang ditandatangani orang ramai kepada Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Perindustrian Jepun untuk diserahkan lagi kepada Perdana Menteri Fumio Kishida pada Rabu.

Permohonan petisyen tersebut dibubuh tandatangan dari seramai 184,712 orang penduduk Jepun yang menyeru agar pembuangan air tercemar nuklear ke laut dinoktahkan.

Video

Berita Berkaitan