Teroka Khazanah Liangzhu dalam 30 Saat

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 23 April 2024

Satu pasukan media bersepadu dari People’s Daily Online telah menjejakkan kaki di Muzium Liangzhu pada 22 April, untuk meneroka khazanah tinggalan sejarah dan mengenal kesignifikanan budaya Liangzhu dalam menelusuri susur galur tamadun China.

Muzium Liangzhu terletak di daerah Yuhang, bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang. Berstatus muzium tapak arkeologi, fasiliti ini fungsinya mengumpul, mengkaji, mempamerkan dan mempromosikan budaya Liangzhu.

Menurut penyelidikan arkeologi, budaya Liangzhu wujud antara 5,300 hingga 4,300 tahun lalu. “Liangzhu” membawa erti “air dan tanah yang indah”. Tempat ini mempunyai makna penting sebagai penyimpan sejarah tamadun China yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Ia dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia pada 6 Julai 2019.

Video

Berita Berkaitan