Temui Barangan Bergaya Buatan China | Kereta Penyapu Tanpa Pemandu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 25 April 2024
Temui Barangan Bergaya Buatan China | Kereta Penyapu Tanpa Pemandu

Pada masa ini, kereta penyapu jalan tanpa pemandu telah digunakan secara meluas di serata China.

Menariknya, kereta ini mempunyai kelebihan iaitu dapat bergerak dengan lancar tanpa bergoyang-goyang, menyapu dengan bersih dan bekerja sepanjang hari.

Ia juga sangat cekap dalam mengatasi masalah dihadapi sektor pembersihan awam, termasuk usia pekerja semakin menua, peningkatan kos buruh, kesukaran mencari pekerja serta risiko keselamatan pekerja yang tinggi.

Kereta penyapu jalan tanpa pemandu buatan China kini semakin mendapat pengiktirafan di pasaran dunia.

Berpangkalan di Shanghai, Autowise.ai telah mengeksport sekitar 300 kereta penyapu jalan tanpa pemandu buatan tempatan ke lebih 30 bandar di seluruh dunia. Untuk rekod, di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, ia telah digunakan untuk penggunaan komersial.

Video

Berita Berkaitan