Akhbar Switzerland: Dakwaan Barat tentang "Kapasiti Industri Berlebihan di China" Bersifat Hipokrit dan Berpandangan Pendek

(CRI)Isnin 29 April 2024

Terdapat satu artikel ulasan yang disiarkan laman web media arus perdana Switzerland --Neue Zürcher Zeitung baru-baru ini yang menyifatkan bahawa dakwaan Barat mengenai wujudnya "kapasiti industri berlebihan" di China sebagai hipokrit dan berpandangan pendek. Menurut artikel itu, berbanding dengan tindakan menegur ketika menghadapi isu itu, negara-negara Barat sebaiknya memilih persaingan secara langsung, menggalakkan akses pasaran yang sama rata, dan memanfaatkan produk yang berkualiti lagi berharga rendah.

Artikel itu juga berbunyi bahawa masih belum ada data yang terbabit yang boleh membuktikan pasaran Eropah mengalami tempias yang meluas ekoran produk China yang diimport pada masa ini. Syarikat pengeluar automobil Eropah sejak sekian lama tidak pernah memberi perhatian yang cukup terhadap perkembangan kenderaan elektrik bateri (BEV), maka mengadu China memberikan "subsidi" kepada industri BEV hanya menunjukkan "hipokrasi yang besar".

Artikel itu berpendapat lagi, "kapasiti industri yang berlebihan" boleh menjadi terkawal dan tersusun dalam operasi pasaran, sedangkan fungsi pasaran untuk mengawal dan menyusun suatu industri boleh terjejas akibat amalan perlindungan perdagangan.

Video

Berita Berkaitan