Kereta Api Kargo Ekspres Semua Rel Baharu Buat Debut di Chengdu

(Foto ihsan Pusat Media Distrik Qingbaijiang Bandar Chongqing dan dikeluarkan oleh Xinhua.)

(Foto ihsan Pusat Media Distrik Qingbaijiang Bandar Chongqing dan dikeluarkan oleh Xinhua.)

Kereta api pengangkutan antarabangsa ekspres semua rel yang pertama China berlepas dari Chengdu, provinsi Sichuan, di barat daya China ke Pelabuhan Klang di Malaysia dengan membawa monitor LED dan kereta kenderaan elektrik baharu (NEV) menggunakan Laluan Kereta Api China-Laos menerusi Thailand pada 30 April.

Perjalanan sulung itu dijadualkan mengambil masa lima hari ke Thailand dan lapan hari ke Malaysia, sekali gus memendekkan masa perjalanan sebanyak 50 peratus berbanding laluan laut tradisional.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Syarikat Kereta Api Antarabangsa Chengdu, Wang Weikun, kereta api kargo ekspres China-Laos-Thailand-Malaysia membantu memudahkan pengangkutan barangan secara terus ke Asia Tenggara, dan mengurangkan kos pengangkutan.

Difahamkan, kereta api kargo itu akan menjadi pendorong dalam usaha penyiapan koridor tengah rangkaian kereta api rentas Asia, serta pembinaan sistem perdagangan rentas sempadan antara China dan negara-negara Asia Tenggara.

Perkhidmatan kereta api antarabangsa Chengdu kini meliputi 112 bandar dengan empat perhentian baharu ditambah di Mendeleyevsk di Rusia dan Pelabuhan Klang di Malaysia pada tahun ini, secara tidak langsung mewujudkan sistem pengagihan kargo darat-laut antarabangsa.

Laluan ekspres semua rel ini akan menampung peningkatan logistik rentas sempadan serta permintaan transit antarabangsa antara wilayah barat China dan negara-negara ASEAN.

Video

Berita Berkaitan