Xi Sampai Ucapan Bertulis Sejurus Tiba di Belgrade

(CRI)Rabu 08 Mei 2024

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan bertulis sejurus tiba di lapangan terbang Nikola Tesla Belgrade untuk memulakan lawatan ke Serbia pada Selasa waktu tempatan.

Xi berkata, China dan Serbia memlihara persahabatan tradisional yang erat, hubungan bilateral telah berjaya mengalami ujian perubahan situasi antarabangsa dan menjadi teladan bagi hubungan antara negara.

China dan Serbia menjalankan kerjasama berdasarkan sama rata dan untung bersama, selaras dengan kepentingan asas dan jangka masa panjang kedua-dua negara, yang menyuntik momentum kepada pembangunan masing-masing, membawa kesejahteraan kepada rakyat dan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

“Saya berharap mengambil kesempatan lawatan kali ini, bertukar-tukar pendapat dengan Presiden Aleksandar Vucic mengenai hubungan dua hala dan masalah yang menjadi tumpuan sama, membincangkan kerjasama dan pembangunan untuk menggaris cetak biru bagi mengembangkan hubungan kedua-dua negara. Saya yakin lawatan ini pasti amat berhasil dan dapat membuka lembaran baharu perkembangan hubungan dua hala,” kata Xi.

Video

Berita Berkaitan