ODI Bukan Kewangan China Catat Kenaikan

(CRI)Jumaat 24 Mei 2024

Pelaburan langsung luar negara (ODI) yang dibuat China dalam sektor bukan kewangan direkod sebanyak 343.47 bilion yuan (RM223.69 bilion) bagi tempoh Januari hingga April, menokok 18.7 peratus tahun ke tahun.

Menurut data terkini Kementerian Perdagangan, pelaburan berkenaan oleh syarikat China di negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencecah 77.77 bilion yuan (RM50.65 bilion), meningkat 20.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Video

Berita Berkaitan