Kampung Purba Huangling Kembali Bertenaga

Kampung Purba Huangling Kembali Bertenaga
Produk-produk pertanian dikeringkan di bawah cahaya matahari di kampung Huangling, iaitu kampung purba terkenal di kaunti Wuyuan, provinsi Jiangxi, di timur China. (People's Daily Online/Shi Yu)

Berusia sekitar 500 tahun, kampung Huangling yang terletak di kaunti Wuyuan, provinsi Jiangxi di timur China kini mengalami transformasi daripada kampung sunyi kepada destinasi pelancongan popular.

Difahamkan, perubahan tersebut merupakan hasil daripada pelaksanaan pembangunan industri pelancongan.

Dikenali sebagai kampung purba yang ‘tergantung’ di cenuram, Huangling telah melaksanakan pembangunan pemuliharaan pada 2009 yang melibatkan lebih 100 bangunan purba, selain memelihara ekologi tempatan, memperkenal siri jenama unik kebudayaan rakyat termasuk mengeringkan tanaman berwarna-warni di bawah cahaya mentari di atas bumbung bangunan gaya Hui.

Sambil memelihara bangunan-bangunan purba, sawah pada teres dan lebih 10 barangan warisan budaya tidak ketara, Huangling turut mewujudkan perniagaan baharu dalam industri pelancongan termasuk lawatan hutan pada waktu malam yang sekali gus menyuntik kedinamikan baharu terhadap kampung purba tersebut.

Video

Berita Berkaitan