PBB Alu-alu Pewartaan Hari Antarabangsa untuk Dialog Sesama Tamadun

(CRI)Isnin 10 Jun 2024

Tanggal 10 Jun diwartakan sebagai Hari Antarabangsa untuk Dialog Sesama Tamadun.

Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Miguel Moratinos menerusi kenyataan media berkata pihaknya mengalu-alukan keputusan sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) meluluskan resolusi disyorkan China mengenai pewartaan Hari Antarabangsa untuk Dialog Sesama Tamadun.

Beliau turut menyeru supaya masyarakat antarabangsa menghormati kepelbagaian dan perbezaan antara budaya serta menjaga maruah manusia.

Moratinos menyatakan dialog sesama tamadun dapat membantu mengukuhkan pemahaman terhadap nilai kepelbagaian budaya.

Video

Berita Berkaitan