Budaya Nomad Xinjiang Berusia Ribuan Tahun Jadi Terkenal Dek Siri TV Popular

Penggembala etnik Kazak memindahkan ternakan mereka ke padang rumput musim panas di Kaunti Fuhai, Altay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, 5 Jun 2021. (Xinhua/Sadat)

Penggembala etnik Kazak memindahkan ternakan mereka ke padang rumput musim panas di Kaunti Fuhai, Altay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, 5 Jun 2021. (Xinhua/Sadat)

Selama ribuan tahun, banyak penggembala di Altay di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China menjalani kehidupan nomad, membawa haiwan ternakan mereka menelusuri padang rumput sepanjang tahun.

Baru-baru ini, tradisi lama kembali menjadi tumpuan berikutan pelancaran "To the Wonder", iaitu sebuah siri TV yang diadaptasi daripada koleksi prosa Li Juan, "My Altay."

Platform penarafan popular China, Douban memberikan markah kepada siri TV tersebut sebanyak 8.8 daripada 10.

Difahamkan, siri tersebut menggambarkan kehidupan nomad semasa perjalanan penghijrahan, menonjolkan pertembungan idea lama dan baharu, serta integrasi cara hidup tradisional dan moden, sekali gus menyoroti budaya golongan nomad di Altay.

Altay, salah satu kawasan pastoral di Xinjiang, terkenal dengan padang rumput yang luas di antara Pergunungan Altay dan Lembangan Junggar.

Kaum nomad di situ berhijrah untuk mencari air dan rumput sepanjang tahun, membawa haiwan ternakan masing-masing berjalan jauh ke padang rumput di tempat-tempat lain mengikut kitaran pertumbuhan rumput. Budaya nomad yang unik ini unik ini telah wujud selama beribu-ribu tahun.

Malah pada hari ini, penggembala di Altay mengekalkan padang rumput yang berbeza untuk setiap musim, berhijrah berulang-alik dari selatan ke utara dan sebaliknya yang meliputi jarak antara puluhan kilometer hingga lebih daripada 1,000 kilometer pada musim bunga tahun 2024, dengan lebih 2.2 juta ternakan di Altay merupakan sebahagian daripada penghijrahan tersebut.

Pelancong menunggang kuda di Kampung Hemu, Altay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China, 5 Februari 2024. (Xinhua/Ma Kai)

Pelancong menunggang kuda di Kampung Hemu, Altay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China, 5 Februari 2024. (Xinhua/Ma Kai)

Hari ini, ramai penggembala menggunakan peralatan moden, seperti motosikal dan walkie-talkie, manakala generasi muda pula gembira dapat berkomunikasi dengan dunia luar melalui internet.

Bota, seorang penggembala "pasca 90-an" di Altay, mempunyai minat semula jadi terhadap kehidupan pastora.

Wanita itu juga kerap membuat penstriman langsung dan mencipta video sambil bekerja, termasuk daripada membuat selimut kain hingga menyediakan makanan dengan peralatan dapur moden serta elektrik.

Melalui videonya, warganet dapat mendekati pemandangan padang rumput Altay dan melihat tentang kehidupan moden dapat mengekalkan tradisi sambil menerima perubahan.

Budaya nomad juga telah menjadi tarikan pelancongan di Altay, termasuk pelukis dan juga peminat fotografi.

"Semakin ramai pelancong telah datang ke padang rumput untuk mengalami kehidupan yang tenang dan budaya rakyat yang unik," kata Waspan Malek, pemilik inap desa di Daerah Burqin di Altay.

Kongsinya, ketika mula-mula memulakan perniagaan, tempat itu hanya mempunyai dua hingga tiga bilik tetamu. Namun, susulan peningkatan populariti Altay, dia terpaksa mengembangkan perniagaannya kepada lebih daripada 50 bilik tetamu.

Jilin New Village, lokasi penggambaran siri "To the Wonder," yang terletak di Daerah Habahe di Altay menerima kunjungan hampir 5,000 pelancong setiap hari, dan salah seorang daripadanya ialah An Meimei, 21, yang berasal dari Wilayah Hubei di tengah China.

"Saya tertarik dengan pemandangan menakjubkan yang digambarkan dalam siri TV. Walaupun sebelum ini saya melihat video penghijrahan, (tetapi) menyaksikan sendiri perjalanan penggembala membolehkan saya benar-benar memahami intipati gaya hidup nomad mereka. Ia adalah kisah epik keharmonian antara manusia dan haiwan," kata An.

Menurut biro kebudayaan, sukan, radio, televisyen dan pelancongan bandar Altay, kawasa Altay merekodkan lebih 1.05 juta lawatan pelancong dari 13 hingga 19 Mei lalu, sekali gus menyaksikan peningkat 70.07 peratus dari tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan