Thailand Lanjutkan Tempoh Bebas Visa Bagi Pelancong Asing

(CRI)Rabu 17 Julai 2024

Kerajaan Thailand memutuskan untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa bagi pelancong asing dari 30 hari sebelum ini ke 60 hari, berkuatkuasa bermula 15 Julai.

Menurut pengumuman kerajaan Thailand, pengembara asing dari 93 negara dan wilayah, termasuk China, boleh memasuki Thailand dengan bebas visa, untuk tujuan melancong, berniaga atau bekerja untuk jangka masa pendek.

Video

Berita Berkaitan