Pelancongan China-Thailand Semakin Rancak Berkat Layanan Bebas Visa

(CRI)Selasa 09 April 2024
Pelancongan China-Thailand Semakin Rancak Berkat Layanan Bebas Visa

Perjanjian China-Thailand tentang Layanan Bebas Visa berkuatkuasa bermula 1 Mac yang lalu. Menurut statistik didedahkan Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, setakat penghujung Mac, negaranya telah memperoleh pendapatan kira-kira THB454.7 bilion (RM59.1 bilion) dengan melayani pelancong asing yang berjumlah 9.37 juta orang, termasuk 1.75 juta orang pelancong China yang menduduki tempat pertama dalam ranking terbabit.

Ketua Setiausaha Persatuan Pelancongan Thailand menyatakan, jumlah pelancong China dijangka meningkat ke 6 hingga 8 juta orang pada tahun ini berkat pelaksanaan polisi bebas visa antara kedua-dua negara.

Sementara itu, rakyat Thailand juga menunjukkan keghairahan yang semakin tinggi untuk melawat ke China. Statistik berkenaan mendedahkan bahawa warga Thailand yang masuk China dari kastam Lapangan Terbang Xishuangbanna di provinsi Yunnan pada bulan Mac lalu meningkat 1183.87% berbanding bulan Februari.

Video

Berita Berkaitan