- Lain-lain
Ekonomi Malam Semakin Rancak di Guiyang
Menjelang malam, suasana di jalan-jalan dan lorong-lorong sekitar Guiyang, di Provinsi Guizhou, barat daya China dihidupkan dengan kepelbagaian gerai-gerai makanan, kedai yang menjual produk baharu dan barangan budaya kreatif.
Kehidupan malam bagi penduduk tempatan di Guiyang kebiasaannya dimulakan dengan menikmati snek tengah malam bersama rakan-rakan. Apabila matahari mulai terbenam, bandar tersebut pula mulai hidup, dan seseorang itu pasti akan terpukau dek kepelbagaian pilihan untuk makan malam ketika berjalan-jalan di Guiyang.
Di Guiyang, anda akan temui hidangan lazat dan juadah tempatan seperti hotpot jalanan, mi yang lazat, bebola tauhu, roti kentang, ladu bungkus sutera dan banyak lagi.
(Aneka hidangan daging)
(Aneka makan ringan)
(Aneka makanan tempatan)
Di samping makanan-makanan yang mengecurkan air liur itu, suhu musim panas di Guiyang juga lebih selesa iaitu 22.3 darjah Celsius secara puratanya. Konsert spontan yang boleh didapati sewaktu berjalan-jalan juga secara tidak langsung menambah elemen kejutan.
Menurut statistik, sejak Julai 2023, penggunaan hiburan dan aktiviti masa lapang waktu malam di Guiyang telah menyumbang hampir 60 peratus daripada jumlah perbelanjaan harian.
Di sebalik keindahan dan keajaiban pada waktu malam di Guiyang adalah sokongan kerajaan tempatan Guizhou. Pada 2023, Guizhou mengeluarkan garis panduan untuk membimbing pembangunan ekonomi waktu malam dengan lebih baik.
Difahamkan, garis panduan tersebut berfungsi bagi membangunkan tetapan untuk ekonomi waktu malam, serta memanfaatkan teknologi digital dalam usaha memperkasakan pembinaan tetapan ini.
Keremajaan, keanggunan dan kemeriahan Guiyang, bersama-sama dengan suasana santainya jelas terpamer dalam kehidupan malamnya.
Tatkala cuaca panas ini, apa kata buat lawatan dan rasai sendiri Guiyang?
- Jambatan Besar Liuzhi di Barat Daya China Mula Pembinaan
- Pemandangan Sudut Udara Teres di Guizhou
- Pertunjukan Bunga Api Hangatkan Pembukaan Cun Chao
- Kebun Teh Hidupkan Kembali Pekan Lombong Arang
- Wartawan Eurasia Rasai Debaran pada Ketinggian 370 Meter di Guizhou
- Simposium “Ceritakan Kisah Guizhou kepada Dunia” Diadakan di Guiyang
- Acara Media Eurasia di Guizhou Dilancarkan di Guiyang
- Lada Merah Bawa Kegembiraan Menuai di Guizhou
- Qingzhen, Pesona yang Tersembunyi di Guizhou
- Orang Ramai Main Air pada Pertengahan Musim Panas