Lada Merah Bawa Kegembiraan Menuai di Guizhou

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 12 September 2023
Lada Merah Bawa Kegembiraan Menuai di Guizhou
Di pekan Congjiang, provinsi Guizhou, penduduk tempatan mengeringkan lada Chaotian. (China News Service/Wu Dejun)

Beberapa hari yang lalu, tibanya musim menuai lada Chaotian di pekan Congjiang, provinsi Guizhou. Penduduk sibuk memetik dan mengeringkan lada Chaoatian, sambil merasai kegembiraan menuai.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pekan Congjiang secara aktif menyesuaikan struktur industri pertanian dan menerima pakai model pengurusan "syarikat+koperasi+petani" untuk membantu petani menanam lada Chaotian. Setakat ini, lebih 15,000 ekar lada Chaotian ditanam di pekan itu dengan nilai keluaran tahunan mencatat kira-kira 100 juta yuan (64 juta ringgit).

Video

Berita Berkaitan