Jumlah Pelancong Asing ke China Lambung 130 Peratus

(CRI)Isnin 19 Ogos 2024

Jumlah pelancong asing ke China pada Januari hingga Julai direkodkan 17.254 juta orang, meningkat 129.9 peratus tahun ke tahun. Pelbagai pintu sempadan China telah menyaksikan pemberian visa sebanyak 846,000 kali, melambung 182.9 peratus.

Demikian dinyatakan Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Imigrasi Nasional (NIA), Liu Haitao dalam satu sidang media Dewan Negara di bawah tema "mendorong pembangunan berkualiti tinggi" di Beijing pada Isnin.

Menurut Jabatan Statistik Negara (NBS), kelompok pelancong asing diunjurkan mampu menyumbang sebanyak RMB100 bilion (RM61.35 bilion) secara langsung kepada kepenggunaan domestik pada tahun lepas, dengan belanjaan harian perkapita mencecah RMB3,459 (RM2,122).

NIA akan terus mengemaskinikan pelbagai langkah seperti bebas visa, dan meningkatkan penyelarasan dengan pelbagai jabatan lain dalam memudahkan pengembaraan pelancong asing di negara ini.

Video

Berita Berkaitan