Dagangan Barang Global Terus Pulih: WTO

(CRI)Khamis 05 September 2024

Perdagangan barangan global mengekalkan trend pemulihan pada suku ketiga 2024, menurut Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Laporan Barometer disiarkan WTO pada Rabu menunjukkan, bacaan indeks kemakmuran perdagangan barangan bagi suku ketiga mencapai 103, lebih tinggi berbanding paras 100 yang menjadi titik tanda aras.

Laporan itu menyebut, walaupun bacaan berkenaan mengeluarkan isyarat positif, namun prospek dagangan global masih tidak menentu susulan risiko geopolitik semakin meningkat, konflik serantau masih berlarutan, perubahan dasar monetari di entiti maju serta tempahan eksport berkurangan.

Video

Berita Berkaitan