China, Enjin Pertumbuhan Dunia: Ketua Pengarah WTO

(CRI)Selasa 24 Januari 2023

Sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2023 mengingatkan masyarakat antarabangsa untuk mengintensifkan kerjasama pada masa depan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pembangunan dunia, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-lweala baru-baru ini.

Beliau memberitahu bahawa dunia kini masih belum pulih sepenuhnya daripada impak penularan COVID-19, tetapi situasi sedang berkembang ke arah yang kian baik.

Beliau menyifatkan pembukaan semula China sebagai faktor positif buat seluruh dunia.

“Permintaan penggunaan domestik China akan meningkat semula, manakala industri pembuatannya akan pulih ke tahap normal. Inilah berita baik bagi ekonomi dunia. China akan terus berperanan sebagai enjin pertumbuhan global.” kata lweala.

Ketika menyentuh dasar perlindungan perdagangan yang diamalkan beberapa negara, Iweala menyatakan bahawa multilateralisme telah membawa kemakmuran kepada dunia, sementara globalisasi telah berjaya membawa lebih sebilion rakyat di dunia keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Ini sekali gus membawa impak positif kepada kebanyakan kawasan di dunia termasuk China, Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

“Pada masa sama, China telah mencapai prestasi yang lebih baik dalam proses globalisasi.” ujar lweala.   

Gaya Hidup

Berita Berkaitan