- Lain-lain
China, AS Bincang Isu Iklim
Sidang ke-2 di bawah Kumpulan Kerja Menangani Isu Iklim 2020-an China-Amerika Syarikat (AS) telah diadakan di Beijing pada 4 hingga 6 September lalu.
Dalam sidang yang dipengerusikan bersama Utusan Khas China bagi Urusan Perubahan Iklim, Liu Zhenmin dan penasihat kanan Presiden AS bagi dasar iklim antarabangsa, John Podesta, kedua-dua pihak telah meneruskan perbincangan mengenai penyelesaian krisis iklim termasuk melaksanakan Sumbangan yang Ditentukan di Peringkat Kebangsaan (NDC) 2030 dan merancangkan NDC 2035 masing-masing.
Kedua-dua pihak mengalu-alukan dialog yang sudah dijalankan dari segi teknikal dan dasar termasuk pertukaran pendapat mengenai transformasi dalam penggunaan sumber tenaga, metana, ekonomi kitaran dan keberkesanan penggunaan sumber, karbon rendah dan pembangunan mampan di peringkat provinsi dan bandar, serta mengharapkan pertukaran seumpama itu dapat diteruskan.
Kedua-dua pihak menekankan semula akan bersama-sama dengan Azerbaijian, negara pengerusi Persidangan Perubahan Iklim PBB(COP29) mengadakan Sidang Kemuncak Metana dan Gas Rumah Hijau yang Bukan Karbon" semasa berlangsungnya COP29.
- China, AS Bincang Isu Perdagangan
- Presiden Xi Ditemui Penasihat Keselamatan Negara AS Jake Sullivan
- China, AS Mulakan Pusingan Baharu Komunikasi Strategik
- Penasihat Keselamatan Negara AS Bakal Lawat China Buat Kali Pertama
- Usahawan AS Mahu Manfaatkan Peluang dari Kerjasama China-AS
- AS Diharap Bertindak Sehaluan dengan China: Xie Feng
- Gabenor PBOC Temu Setiausaha Perbendaharaan AS
- Naib Perdana Menteri China Temui Setiausaha Perbendaharaan AS
- China, AS Bincang Keselematan Ketenteraan Maritim
- Mesyuarat Kumpulan Kerja China, AS Bincang Kerjasama Perdagangan Dua Hala