China, AS Bincang Keselematan Ketenteraan Maritim

(CRI)Sabtu 06 April 2024

Mesyuarat Kumpulan Kerja Mekanisme Perundingan Keselamatan Ketenteraan Maritim China-Amerika Syarikat (AS) 2024 diadakan di Hawaii, AS pada 3 hingga 4 April, bagi melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, dan menggalakkan hubungan ketenteraan China-AS berkembang secara sihat, stabil dan mampan.

Kedua-dua pihak mengadakan pertukaran pandangan tentang situasi keselamatan laut dan udara kedua-dua negara, membuat penilaian terhadap pelaksanaan Peraturan Tingkah Laku Pertemuan di Laut dan Udara yang Selamat, selain membincangkan langkah-langkah untuk menambah baik situasi keselamatan ketenteraan maritim kedua-dua negara.

Menurut wakil China, keselamatan pesawat dan kapal berkait rapat dengan keselamatan sesebuah negara. China menentang keras tindakan menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negera atas nama kebebasan pelayaran dan pelintasan.

Beliau menegaskan bahawa tentera China akan mengambil respons sewajarnya terhadap segala tindakan provokatif, memelihara kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan di laut, selain menjaga keamanan dan kemakmuran serantau.

Video

Berita Berkaitan