- Lain-lain
China, ASEAN Bincangkan Pelaksanaan DoC di Xi'an
Usaha memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan (LCS) amat bermakna. Pihak-pihak terbabit diseru menambah dialog, bersabar dalam mengekang diri, berhemah dalam menangani perselisihan pendapat, dan memupuk rasa saling percaya ketika bertindak melindungi kestabilan situasi maritim.
Persepakatan demikian dicapai China dan negara-negara ASEAN dalam mesyuarat pegawai kanan ke-22 tentang pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkentingan di Laut China Selatan (DoC) di bandar Xi'an pada Jumaat.
Para peserta bersetuju melaksanakan deklarasi itu secara menyeluruh, memperdalam kerjasama dalam bidang pemuliharaan persekitaran maritim, penyelidikan saintifik, penyelamatan dan penguatkuasaan undang-undang.
Sementara itu, para peserta mengiktiraf pencapaian dan momentum baik sejak bermulanya tiga bacaan Kod Tatalaku (CoC) di LCS, dan bersetuju bahawa mempercepat rundingan dengan cara yang fleksibel dan inovatif supaya dapat meratifikasikan kod terbabit seawal mungkin.
Selain itu, China dan negara-negara ASEAN juga telah mengadakan sidang kumpulan kerja bersama ke-44 tentang pelaksanaan DoC pada 10 hingga 12 September.
- Cetuskan Fenomena Damai dan Kerjasama di Laut China Selatan - Wang Yi
- Penguatkuasa China Bertindak Wajar Kawal Perkapalan Filipina yang Mengamuk
- China Sanggah Tindakan Filipina Cabul Kedaulatan
- Bangunkan LCS Laut Kedamaian dan Kerjasama - Wang Yi
- China Teguh Pelihara Kedaulatan Negara dan Kepentingan Maritim
- Mesyuarat Pegawai Kanan Ke-21 bagi Pelaksanaan DoC di Beijing
- Filipina Digesa Taati Janji, Henti Tindakan Provokatif
- China dan ASEAN Berupaya Tangani Isu Laut China Selatan dengan Baik
- Yakin Mampu Kendali Isu Laut China Selatan dengan Baik: MFA