Kecekalan Nenek Membuat Lapik Dalam Kasut Untuk Rekrut Baharu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 01 Oktober 2024

Baru-baru ini, lebih daripada 100 askar baharu menerima sepasang lapik dalam kasut yang dijahit oleh Wang Xiaojuan, seorang nenek yang berusia 89 tahun di pangkalan latihan pra-perkhidmatan di kaunti Xixia, bandar Nanyang, Provinsi Henan.

“Semoga anak-anak (rekrut baharu) boleh berdiri tegak dan berjalan jauh dengan lapik yang saya buat, dan melindungi negara kita dengan lebih baik,” ujar warga emas itu.

Menelusuri sejarah Wang, dia sebelum ini merupakan seorang doktor yang dibesarkan dalam keluarga askar dan mempunyai perasaan istimewa terhadap askar sejak usianya masih kecil.

Foto Wang Xiaojuan, seorang nenek yang berusia 89 tahun dari di kaunti Xixia, bandar Nanyang, Provinsi Henan sedang membuat lapik dalam kasut untuk askar baharu.

Dia juga menceritakan tentang pak cik mentuanya yang terkorban dalam perang menentang Amerika Syarikat dan Bantuan Korea, serta keterlibatan ahli keluarganya dalam askar.

“Dalam tempoh beberapa dekad lalu, keluarga saya telah menghasilkan 15 askar revolusi,” ujar Wang.

Menceritakan tentang cetusan idea untuk membuat lapik dalam kasut, dia berkongsi bahawa idea tersebut datang secara kebetulan pada 2013, iaitu ketika dia menonton klip berita di TV tentang isteri seorang askar memberikan lapik dalam kasut kepada rekrut baru sebagai hadiah.

Tidak lama kemudian, Wang mula membeli bahan dan perlahan-lahan melalui keseluruhan proses, termasuk melukis corak hingga menjahit setiap jahitan, yang akhirnya menyaksikan siapnya tapak kasut yang tebal dan halus.

Sejak itu, dia terus menghasilkan lapik dalam kasut yang ditujukan khas untuk rekrut baru setiap tahun.

Pernah sekali ketika menonton di TV, hati Wang luluh tatkala melihat yang sekumpulan askar yang tercedera kaki semasa latihan.

Hari ini, lapik dalam kasut yang dihasilkannya menjadi semakin cantik, selain turut menyaksikan Wang telah menjalin ikatan yang mendalam dengan ramai askar.

Zhao Chenbo, seorang askar yang mempunyai kebimbangan tentang kebolehannya menyesuaikan diri dengan latihan ketenteraan sebelum dimasukkan ke dalam detasmen kor Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur Pasukan Polis Bersenjata Rakyat China (PAPF), sangat menghargai pemberian Wang yang penuh dengan kasih sayang.

Selepas menerima lapik dalam kasut, dia telah menulis dalam diarinya tentang penghargaannya terhadap Wang.

"Nenek Wang cekal menghasilkan lapik daam kasut untuk kami walaupun usianya sudah lanjut, setiap jahitan dipenuhi dengan kasih sayang yang mendalam. Saya akan bekerja dengan penuh semangat dan berusaha ke arah kecemerlangan untuk mengharumkan nama kampung halaman saya," tulisnya.

Selepas menyertai angkatan tentera, Zhao bekerja keras dalam latihan dan mengambil bahagian dalam tugas utama semasa latihan, memenangi gelaran kehormat sebagai seorang askar yang cemerlang.

Wang telah terkenal dengan sikapnya yang mesra. Sejak beberapa dekad yang lalu, beliau telah terlibat secara aktif dalam aktiviti kebajikan awam.

Sebagai seorang pesara doktor, dia secara sukarela menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sejak bersara dari kerja pada tahun 1990. Dia sering memimpin dalam menderma wang dan barangan ke kawasan yang dilanda bencana, dan menyediakan perkhidmatan perubatan percuma untuk pesakit dari pelbagai sudut di seluruh kauti Xixia.

Apabila semakin dewasa, Wang telah mengalami bronkitis, sakit kaki, dan penyakit lain, menjadikannya sukar untuk bergerak, tetapi dia masih gigih membuat lapik dalam kasut.

"Dengan keyakinan dalam hati saya, tiada kesukaran yang tidak dapat saya atasi. Selagi hayat dikangdung badan, saya akan terus melakukan usaha ini." ujar wanita emas itu lagi.

Video

Berita Berkaitan