Lebih 120 Karya Berunsurkan Xinjiang Bersaing Merebut Hadiah Sastera

(CRI)Isnin 28 Oktober 2024

Persatuan Kesenian dan Sastera Wilayah Autonomi Xinjiang (Xinjiangwenyi) memaklumkan bahawa pihaknya sudah memulakan kempen mengumpulkan karya sastera berunsurkan Xinjiang yang dihasilkan baik penulis profesional mahupun penggemar amatur dari dalam dan luar negara, dan sudah menerima lebih 120 buah karya setakat ini.

Ini merupakan sebahagian dalam persiapan dan pencalonan "Hadiah Sastera Tianshan" yang paling berprestij dalam bidang kesasteraan di wilayah Xinjiang.

Seorang pegawai berkenaan dari Xinjiangwenyi mendedahkan bahawa pemilihan dan pencalonan karya untuk hadiah dwitahunan itu sudah dimulakan bulan ini, dengan merangkumi novel, cerpen, prosa, dokumentari, puisi, skrip drama, sastera kanak-kanak, ulasan teori kesusasteraan dan sebagainya. Terdapat 5 karya akan dinobatkan sebagai pemenang, dan 5 lagi sebagai naib johan.

Video

Berita Berkaitan