- Lain-lain
Robot Manusia Ultra Ringan Pertama China Buat Debut di Chengdu
Konka-1, robot manusia ultra ringan yang pertama seumpamanya di China dan yang ketiga di seluruh dunia telah membuat penampilan sulungnya di Pulau Ekologi Sains dan Teknologi Chengdu di ibu kota Provinsi Sichuan, di barat daya China, pada 28 Oktober 2024.
Dibangunkan secara kendiri oleh pusat inovasi robot manusia di Chengdu, penampilan sulung robot itu telah menyaksikan beberapa rekod turut sama tercipta.
Robot manusia ultra ringan bernama Konka-1 menunjukkan cara mengambil dan memegang cawan. (Foto ihsan Pusat Inovasi Robot Manusia Chengdu)
Difahamkan, ia mempunyai mesin lengkap paling ringan di dunia iaitu seberat 25 kilogram, manakala purata di dalam industri pula berkisar antara 60 kilogram dan 250 kilogram.
Selain itu, beban maksimum robot itu adalah seberat 5.5 kilogram, iaitu mencapai tahap peneraju industri dengan nisbah beban tertinggi di dunia pada 0.22, melebihi daripada lima kali ganda daripada purata industri; sementara hayat bateri terpanjang di dunia pada lapan jam, berbanding purata industri sekitar satu jam, menjadikan ia robot manusia ultra-ringan yang canggih dari segi teknologi dan berkuasa.
Sebagai mesin lengkap robot yang dibangunkan sendiri susun penuh pertama yang dilengkapi dengan "otak paling berkuasa" pusat inovasi robot manusia Chengdu, Konka-1 mampu memahami kemahuan tugas dengan cepat, memerhati persekitarannya secara autonomi, menaakul proses tugas, menjana tugas proses, mengawal anggota badan secara autonomi, dan menyelesaikan tugas dengan tepat.
Konka-1 merupakan robot manusia berorientasikan perindustrian, dengan 60 peratus komponennya adalah daripada perusahaan rantaian industri tempatan di Chengdu.
Untuk rekod, Pusat Inovasi Robot Manusia Chengdu memiliki hak harta intelek bebas yang lengkap untuk robot humanoid.
Robot manusia ultra ringan merujuk kepada produk robot humanoid yang memenuhi kriteria termasuk berat badan kurang daripada 30 kilogram, hayat bateri lebih enam jam dan nisbah beban (beban maksimum/berat badan) melebihi 0.1.
Robot sedemikian boleh digunakan dalam pelbagai senario, termasuk di makmal di universiti dan institut penyelidikan, pusat pengesahan konsep, institusi pendidikan, perkhidmatan penjagaan warga emas, serta pengurusan kecemasan.
- Kerjasama Rapat Global Pacu Industri Robotik: PM China
- 27 Robot Humanoid Ditampilkan dalam WRC 2024
- Video: Ikan Lumba-lumba Bionik di Shenyang
- Video: Singgah Sejenak ke Bengkel Robot di Shenyang
- Teknologi Canggih yang Terkini dalam GDTE Ke-2
- Anjing Pemandu Orang Buta Elektronik Main Peranan Penting di Sukan Para Asia Hangzhou
- Persidangan Robot Dunia 2023 Buka Tirai di Beijing
- Sidang Kemuncak Robotik China ke-8 Buka Tirai
- Robot Buatan China Mampu Teroka Bulan, Marikh
- Nilai Tambah Industri China Tertinggi di Dunia