- Lain-lain
PM Li Bertemu Pemimpin Myanmar
Perdana Menteri China Li Qiang bertemu pemimpin Myanmar Min Aung Hlaing yang berada di Kunming, provinsi Yunnan untuk menghadiri sidang kemuncak ke-8 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Mekong Besar (GMS) pada Rabu.
Li berkata ikatan China-Myanmar memasuki era baharu dalam membina komuniti berkongsi nasib selepas lawatan bersejarah Presiden Xi Jinping ke negara itu pada 2020.
China sentiasa meletakkan hubungan dengan Myanmar sebagai keutamaan diplomasi kejiranan, dan akan terus menyokong Myanmar menempuh jalan pembangunan yang selari dengan keadaan sendiri.
Beliau menyatakan China bersedia terus mengukuhkan kesalingpercayaan politik serta kerjasama strategik komprehensif dengan Myanmar, sambil bersinergi mengatasi pelbagai cabaran dan memantapkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara.
Pihak Myanmar diharap dapat mengambil tindakan berkesan bagi menjamin keselamatan institusi, projek dan warga China di negara itu.
Tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Myanmar.
Min Aung Hlaing menyatakan pihaknya akan mengambil peluang itu untuk memperkasa kolaborasi dalam pelbagai bidang dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib mencapai kemajuan lebih besar.
- Myanmar Dapat Sokongan China untuk Wujudkan Kedamaian Dalaman
- Penyerahan Dermaan China kepada Pelajar Myanmar
- Penerbangan Sulung Pesawat Kargo antara Dehong, Yangon Dijayakan
- Majlis Penyerahan Dermaan "Ikatan Silaturahim Jalan Sutera" di Yangon
- Menteri Luar China, Pemimpin de facto Myanmar, Adakan Pertemuan Empat Mata
- Qi Gang Bakal Melawat Myanmar dan Hadiri Sidang Menteri Luar SCO di India
- Program Latihan Wusyu Dilancarkan di Myanmar
- Myanmar Terima Kumpulan Kelapan Sumbangan Vaksin China
- Pengubahsuaian Teater Kebangsaan Myanmar Siap
- UNSC Diharap Berhati-hati dalam Tangani Isu Myanmar