- Lain-lain
10 Bandar China Mulakan Projek Rintis Internet Perindustrian 5G+
Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa China telah memulakan satu projek perintis pada Selasa bagi menambah baik penggunaan bersepadu internet perindustrian 5G+ di 10 bandar.
Menurut Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT), projek yang antaranya dilaksanakan di Nanjing, Wuhan dan Qingdao itu, bertujuan untuk mempercepat pembangunan teknologi yang berkualiti tinggi dan pengaplikasian dalam skala besar.
Tambah MIIT lagi, kesemua bandar tersebut akan memfokuskan terhadap pembungan kluster perindustrian yang dikuasakan 5G dan ekosistem inovasi dengan kesan penetapan kadar di peringkat kebangsaan dan wilayah.
Kementerian itu turut berkata bahawa bandar-bandar tersebut akan memanfaatkan kemajuan terkini 5G dan teknologi internet perindustrian untuk menjadi pendahulu dalam transformasi digital bagi sektor pembuatan, serta memberi dorongan baharu terhadap pengindustrian baharu.
Lapor Xinhua, MIIT juga akan konsisten melakukan program perintis itu, membantu wilayah tempatan dalam menangani cabaran dan memupuk bandar-bandar tersebut menjadi model contoh untuk inovasi serta pengguna awal internet perindustrian 5G+.
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Pengguna Internet di China Kini Menghampiri 1.1 Bilion
- Stesen 5G Tumbuh Bagai Cendawan
- China Promosi Perkhidmatan Pelayaran 5G Rentas Rangkaian
- Stesen Pangkalan 5G Termaju Dilancarkan di Gunung Qomolangma
- Jaringan 5G-A Terbesar di Dunia Siap Dibina China Mobile Tahun Ini
- Gudang Pintar, Pusat Inovasi 5G Pertama Indonesia Dirasmikan
- Stesen Pangkalan 5G Berjumlah 33.77 Juta di China
- 2.937 Juta Stesen Pemancar 5G Dibuka pada H1
- Teknologi 5G Diaplikasi dalam 60 Peratus Ekonomi Negara: MIIT
- China Perluas Senario Penggunaan 5G