Teknologi 5G Diaplikasi dalam 60 Peratus Ekonomi Negara: MIIT

(CRI)Selasa 06 Jun 2023

Pengaplikasian teknologi 5G kini diintegrasikan dalam hampir 60 peratus kategori utama ekonomi negara, menurut Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.

Hari ini genap empat tahun MIIT mengeluarkan lesen penggunaan komersial 5G secara rasmi.

Buat masa ini, China telah membina rangkaian 5G yang berskala paling besar dengan teknologi paling canggih di dunia.

Setakat hujung April, sebanyak 2.73 juta stesen pemancar 5G telah siap dibina dengan liputan penuh di semua bandar dan pekan serata negara.

Sementara itu, jumlah pengguna telefon bimbit 5G mencecah seramai 634 juta.

Teknologi 5G turut diaplikasikan secara meluas dalam sektor perlombongan, pelabuhan dan janakuasa elektrik, sekali gus memberi momentum kepada transformasi pendigitalan perusahaan berkenaan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan