China Perkukuh Dasar Bantuan untuk Pembangunan Perdagangan Luar

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 22 November 2024

Kementerian Perdagangan China pada Khamis mengumumkan satu perubahan dalam langkah dasar bagi mempromosi pertumbuhan stabil terhadap perdagangan luar dan memperkukuh pemulihan ekonomi, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut satu notis yang dikeluarkan oleh kementerian itu, syarikat insurans digalakkan untuk meningkatkan bantuan pengunderaitan terhadap elit baharu perusahaan kecil sederhana (PKS) yang terlibat dengan pembuatan, khusus dalam sesuatu pasaran dan teknologi termaju, serta kepada PKS yang berjaya dan merupakan ketua dalam bahagian pasaran, namun kurang dikenali.

Mengikut notis itu, institusi perbankan disarankan untuk terus mengoptimumkan perkhidmatan kewangan terhadap perusahaan perdagangan asing seperti kelulusan kredit, pembayaran hutang, dan pembayaran semula, sambil memastikan proses pengesahan secara teliti untuk menjamin keabsahan perdagangan dan pengurusan risiko yang berkesan.

Institusi kewangan juga digalakkan untuk meningkatkan bantuan pembiayaan kepada syarikat mikro, kecil dan sederhana berasaskan pasaran dan prinsip undang-undang.

Memetik Xinhua lagi, usaha juga perlu dilakukan bagi mengoptimumkan kesepakatan perdagangan rentas sempadan, mempromosi pembangunan e-dagang rentas sempadan, mengembangkan eksport produk pertanian, serta menyokong peralatan kunci dan sumber tenaga.

Notis itu turut memberitahu bahawa China akan mendorong pembangunan inovatif dalam perdagangan hijau dan sempadan, menarik dan memudahkan perjalanan kerja rentas sempadan, meningkatkan bantuan pengangkutan maritim untuk perdagangan asing, serta memperkuat perkhidmatan pengambilan kerja untuk syarikat perdagangan asing.

Difahamkan, kesemua langkah dasar baharu merupakan sebahagian daripada usaha China dalam memperomosi pertumbuhan perdagangan asing, memupuk kelebihan persaingan antarabangsa, dan mencapai manfaat besama dengan negara-negara lain.

Untuk rekod, China telah membina 22 zon perdagangan bebas (FTZ) rintis yang meliputi kawasan pantai, pedalaman dan sempadan, dengan kesemua zon tersebut menyumbang sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan pelaburan asing negara dan volum import-eksport.

Perdagangan asing dalam kesemua FTZ tersebut juga mengembang sebanyak 11.99 peratus dari tahun ke tahun untuk tiga suku pertama 2024. Manakala, untuk 10 bulan pertama pula, perdagangan barang-barang asing China turut meningkat 5.2 peratus daripada setahun yang lalu kepada RMB36.02 triliion, dengan eksport dan import masing-masing meningkat 6.7 dan 3.2 peratus.

Video

Berita Berkaitan