Perdagangan Luar China Berkembang Mantap

(CRI)Selasa 08 Ogos 2023

Jumlah import dan eksport perdagangan barangan China merekodkan RMB23.55 trilion (kira-kira RM14.94 trilion) pada tujuh bulan pertama tahun ini, naik 0.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Demikian menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Statistik dan Analisis GACC, Lyu Daliang berkata perdagangan luar China berkembang mantap pada keseluruhannya dan selaras dengan jangkaan. Ia juga mengekalkan momentum yang baik dalam jangka panjang.

Video

Berita Berkaitan