- Lain-lain
Sektor Tradisional Lebih Pintar Dengan Internet Perindustrian 5G+
Foto yang diambil menggunakan dron bertarikh 1 Jun 2024 ini memperlihatkan pemandangan Pelabuhan Yangluo di Wuhan, Provinsi Hubei, tengah China. (Xinhua/Cheng Min)
Di salah satu tapak terminal kontena paling sibuk di tengah-tengah aliran Sungai Yangtze, suasana kelihatan tenang, yang menyaksikan para petugas boleh mengoperasikan kren menerusi pemegang kawal sambil memerhatikan kemajuan pada skrin dengan adanya internet perindustrian 5G+.
Kren automatik dilihat sibuk mengangkat dan mengalih kargo dengan cekap, manakala trak tanpa pemandu pula bergerak dan dipenuhi dengan barang-barang muatan.
Pengurus operasi dan pengeluaran Syarikat Wuhan CSP Terminal, Chen Xiaomian berkata bahawa kini, 50 peratus daripada operasi dilakukan secara automasi, sekali gus mewujudkan anjakan besar dalam kecekapan.
Ketika diwawancara agensi berita Xinhua, dia berata bahawa pihaknya hanya menggunakan 12 pekerja untuk menguruskan beban kerja yang kebiasaannya memerlukan 39 orang pekerja di terminal.
Menurut Kementerian Teknologi Maklumat dan Industri (MIIT), internet perindustrian 5G+ adalah infrastruktur baharu yang mengintegrasikan model aplikasi atau ekosistem perindustrian ke dalam sektor perindustrian, secara tidak langsung memanfaatkan 5G dan teknologi komunikasi maju yang lain.
Dengan menghubungkan manusia, mesin serta sistem dalam rantai nilai dan industri, internet perindustrian 5G+ dilihat memacu pembangunan pintar, ketersambungan dan digital sektor perindustrian, seterusnya membantu syarikat mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan.
MIIT turut menyatakan bahawa internet perindustrian 5G+ digunakan secara pesat dalam sektor seperti pembuatan keluli, pembuatan peralatan, perlombongan dan logistik pelabuhan, dengan teknologi seperti logistik pintar, pemeriksaan visual automatik, alat kawalan jauh dan rondaan automatik menyaksikan peningkatan dari segi penggunaan.
Antara contoh popular adalah Hegang, iaitu sebuah bandar di Provinsi Heilongjiang yang dahulunya padat dengan industri dan disusuli dengan banyak penutupan kilang, kini menyaksikan industri perlombongan grafit tempatan melalui kebangkitan semula.
Berbanding dengan model sebelumnya yang dicirikan oleh eksploitasi yang meluas, operasi perlombongan ketika ini dirancang dengan teliti dengan pemantauan jarak jauh dan analisis data.
Difahamkan, teknologi tersebut boleh meningkatkan kecekapan kerja dengan ketara dan mencegah pembaziran sumber, serta membantu Hegang berkembang menjadi salah satu hab grafit utama China.
MIIT berkata, bandar yang bangkit semula dengan dipacu oleh teknologi tersebut mencerminkan trend yang lebih luas di seluruh China, iaitu daripada 15,000 projek internet industri 5G+ sedang dijalankan, meliputi semua 41 kategori perindustrian utama di China.
Zhou Ji, ahli akademik Akademi Kejuruteraan China, berkata bahawa internet perindustrian 5G+ ialah daya penggerak utama di sebalik pemacu pembuatan pintar China yang berterusan, yang bukan sahaja melibatkan kemajuan teknologi, tetapi juga pembentukan semula model perindustrian.
Beliau menjangkakan bahawa menjelang 2035, teknologi pembuatan digital, rangkaian dan pintar akan tersebar luas di kalangan syarikat perindustrian di seluruh negara, menjadikan China peneraju dalam pembuatan pintar global.
Untuk mempercepatkan lagi transformasi ini, MIIT mengumumkan program perintis untuk internet perindustrian 5G+ di 10 bandar pada Persidangan Internet Industri 5G+ China 2024 baru-baru ini, yang bertujuan untuk mempromosikan aplikasi berskala besar, dengan Nanjing, Wuhan, Qingdao dan tujuh bandar lain dipilih untuk turut serta.
Bandar-bandar tersebut akan memberi tumpuan kepada pembangunan kluster industri berkuasa 5G dan ekosistem inovasi dengan kesan penetapan kadar di peringkat serantau dan nasional.
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin