Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 26 November 2024

Bandar Karbon Rendah Antarabangsa Shenzhen kini memperkenalkan penggunaan bar oksigen mikroalga, iaitu sistem ekologi penyerapan yang pertama seumpanya di China.

Difahamkan, teknologi tersebut digunakan bagi meningkatkan kualiti udara khususnya di ruang dalaman yang mempunyai ramai orang, dan cenderung untuk mengakibatkan gejala-gejala yang tidak selesa seperti kesukaran bernafas dan pening kepala berikutan kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosfera.

Untuk rekod, mikroalga dalam sistem ini mempunyai keupayaan penyerapan karbon oksida yang jauh lebih tinggi, iaitu sehingga puluhan kali ganda berbanding dengan tumbuhan daratan.

Dengan menggunakan proses fotosintesis yang berkesan menggunakan tenaga solar, mikroalga dapat menyerap karbon dioksida dari udara, sebelum menukarkannya kepada biojisim sambil melepaskan oksigen ekologi yang akan disalurkan semula ke ruang dalaman.

Ikuti video pendek ini untuk melihat bagaimana ‘paru-paru hijau’ dalam bangunan ini berfungsi!

Video

Berita Berkaitan