Sistem Penyimpanan Tenaga Karbon Dioksida Pertama Berjaya Dibina di Anhui

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 08 Januari 2024
Sistem Penyimpanan Tenaga Karbon Dioksida Pertama Berjaya Dibina di Anhui
Foto udara yang diambil pada 7 Januari ini menunjukkan projek penyimpanan tenaga karbon dioksida 10MW/80MWh di daerah Fanchang, bandar Wuhu, provinsi Anhui.

Pada petang 30 Disember 2023, sistem demonstrasi penyimpanan tenaga karbon dioksida 10MW/80MWh dibuat oleh Conch (Anhui) Energy-saving and Environmental Protection New Materials Co., Ltd. berjaya disambungkan ke grid dan menjana kuasa dalam ujian. Ini kali pertama teknologi penyimpanan tenaga karbon dioksida telah memasuki peringkat aplikasi komersial secara global. Projek ini sedang menjalani pelbagai kerja penyahpepijatan sebelum mula beroperasi secara rasmi.

Difahamkan, penjanaan kuasa simpanan tenaga karbon dioksida merupakan kaedah penjanaan tenaga baharu yang mesra alam dan cekap. Kaedah ini boleh menyelesaikan masalah kemeruapan tinggi sumber tenaga lain yang boleh diperbaharui seperti tenaga angin dan tenaga suria, dan mencapai bekalan tenaga yang stabil.

Video

Berita Berkaitan