Kegilaan Magnet Peti Sejuk Cermin Kerancakan Penggunaan Kebudayaan China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 26 November 2024
Kegilaan Magnet Peti Sejuk Cermin Kerancakan Penggunaan Kebudayaan China
Foto magnet peti sejuk di ruang kreatif dan kebudayaan di Grand Canal Museum of Beijing, di ibu negara China pada 18 May 2024. (Xinhua/Luo Xin)

Pada tahun-tahun mutakhir ini, muzium dan tempat-tempat kebudayaan dilihat menjadi pilihan dalam kalangan penduduk tempatan di China, sekali gus menghidupkan tarikan budaya China tradisional.

Seiring dengan itu, magnet peti sejuk diinspirasikan daripada artifak muzium asli yang turut mewakili produk-produk kreatif dan kebudayaan lain turut menjadi popular dalam golongan belia.

Ironinya, di Xiaohongshu, platform media sosial China, magnet peti sejuk bukan sahaja ditampal pada peti sejuk, malah turut diletakkan pada papan-papan yang boleh melekatkan magnet itu, yang secara tidak langsung mewujudkan satu budaya baharu iaitu ‘muzium magnet peti sejuk’.

Menurut laporan firma penyelidikan pasaran, Zhiyan Consulting, saiz pasaran China untuk produk kreatif dan kebudayaan berjaya mencapai AS$16.38 bilion pada 2023, iaitu meningkat 13 peratus dari tahun ke tahun.

Pengarah hal ehwal produk kreatif dan kebudayaan Muzium Seni Bina Purba Beijing, Zhou Hairong ketika diwawancara Xinhua berkata bahawa hampir semua produk yang berkaitan dengan ‘Zaoijing’ di dalam Ruang Kreatif dan Kebudayaan Xiannongtan telah laris dijual.

Tambahnya, ia secara tidak langsung mencetuskan kegilaan ‘Zaojing’ yang merujuk kepada hiasan siling muzium tersebut yang terkemuka.

Bagi memastikan produk dijual secara adil, pihak muzium turut menginisiatifkan sistem tempahan secara dalam talian untuk produk yang bersinar di dalam gelap itu, dengan had pembelian seunit seorang dan 400 unit sehari.

Memetik data Biro Statistik Kebangsaan, perbelanjaan per kapita terhadap pendidikan, kebudayaan dan hiburan di China untuk tiga suku pertama 2024 direkodkan sebanyak RMB 2,295 (sekitar AS$319), iaitu peningkatan 10.1 peratus dari tahun ke tahun.

Pakar relik kebudayaan, Zhang Jianshuo ketika ditemui turut berpendapat bahawa ‘deman kreatif dan kebudayaan muzium’ mencerminkan peningkatan kepercayaan orang ramai terhadap kebudayaan, manakala penampilan menarik dan konotasi kaya bagi produk kreatif dan kebudayaan telah mempromosi penaiktarafan pengunaan kebudayaan.

Huang Yi, timbalan pengarah Muzium Seni Ukiran Batu Beijing, berkata bahawa magnet peti sejuk dua lapis muzium dan magnet peti sejuk pasir mengalir, yang diilhamkan daripada Pagoda Takhta Berlian dan pokok ginkgo, adalah antara produk paling laris dijual sehingga kehabisan stok.

"Pagoda Takhta Berlian mempunyai konotasi sejarah serta budaya yang kaya, dan merupakan struktur yang agak terpelihara di bahagian utara. Ia adalah simbol budaya yang paling mewakili Muzium Seni Ukiran Batu Beijing," jelas Huang.

‘Demam’ itu juga telah menyebabkan semakin banyak institusi perlindungan peninggalan budaya, perusahaan kebudayaan dan seumpamanya meningkatkan pelaburan masing-masing dalam pembangunan produk budaya dan kreatif.

Baru-baru ini, muzium itu bekerjasama dengan institusi kebudayaan lain untuk mengadakan pasar budaya dan kreatif. Semasa jualan, bukan sahaja semua magnet peti sejuk yang popular habis dijual, malah kehadiran pelancong harian dalam beberapa hari kebelakangan ini turut mencatatkan rekod baharu.

Video

Berita Berkaitan