Presiden Xi Bertemu Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong

(CRI)Rabu 27 November 2024
Presiden Xi Bertemu Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong di Beijing pada Selasa.

Xi menyatakan bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 pembinaan Taman Perindustrian Suzhou (SIP).

Sepanjang tiga dekad yang lalu, SIP memberikan contoh jelas kerjasama dua hala, sekali gus menyaksikan penglibatan mendalam Singapura dalam pembaharuan dan pintu terbuka China.

Xi berkata, tahun depan merupakan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara China dan Singapura. Kedua-dua negara harus meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, mengintensifkan penyelarasan strategi pembangunan, mempergiat kerjasama dalam pelbagai sektor, agar membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, dan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada keamanan dan kemakmuran serantau.

Lee Hsien Loong pula berkata, China telah berjaya meneroka jalan pembangunan pemodenan, dan pihak Singapura mempunyai keyakinan penuh terhadap masa depan China.

Beliau yakin bahawa China mampu mengekalkan pembangunan dan kemakmuran serta memberikan sumbangan yang lebih besar kepada keamanan dan pembangunan dunia.

Video

Berita Berkaitan