Perhimpunan Memperingati Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai di Nanjing

(CRI)Jumaat 13 Disember 2024

Upacara peringatan kebangsaan bagi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh tentera penceroboh Jepun diadakan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Dewan Negara di memorial berkenaan di bandar Nanjing, China pada 13 Disember yang diwartakan sebagai Hari Peringatan Kebangsaan untuk Mangsa Pembunuhan Nanjing.

Siren serangan udara diaktifkan di seluruh Nanjing pada pukul 10:01 hingga 10:02 pagi dan hon kereta, kereta api dan kapal dibunyikan berturut-turut sebagai tanda berkabung.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC yang juga pengarah Jabatan Seranta Pusat, Li Shulei menyampaikan ucapan menegaskan bahawa penganjuran upacara peringatan kebangsaan adalah untuk mengisytiharkan pendirian teguh China untuk mengingati fakta sejarah, menghargai keamanan, dan meneroka masa depan untuk menunjukkan keazaman yang kuat PKC dan rakyat China dalam memperjuangkan agenda pemerkasaan negara dan kebangkitan nusa dan bangsa dengan pemodenan ala China beserta membuat sumbangan yang lebih besar kepada perjuangan murni bagi mewujudkan keamanan dan pembangunan umat manusia.

Upacara peringatan diadakan secara serentak di 17 tapak pengebumian mangsa, 12 komuniti perumahan dan 6 pangkalan pendidikan patriotik pada hari yang sama.

Video

Berita Berkaitan