Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 27 November 2024

Di kawasan komersial Dayun Tiandi, Shenzhen, sebuah skrin paparan kaca lut sinar menjadi tumpuan perhatian ramai.

Difahamkan, skrin tersebut dibuat daripada sejenis material baharu iaitu kaca paparan lut sinar 3D yang dibangunkan oleh Shenzhen Yuguang FILMBASE. Ia telah memperoleh 150 paten ciptaan, dan boleh berfungsi sebagai dinding tirai, pembahagi ruang, paparan lut sinar 3D serta tirai LCD pintar.

Bahan ini kaca dan juga skrin paparan, ciri-ciri yang membolehkannya mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak dua pertiga jika dibandingkan dengan paparan jenis biasa. Dengan tahap kecerahan melebihi 5,000 nits, skrin tersebut boleh membuat paparan dengan jelas walaupun di bawah sinar matahari di luar, menjadikannya popular di pasaran domestik dan asing.

Video

Berita Berkaitan