Xi Bertemu Ketua Badan Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman Macau

(CRI)Jumaat 20 Disember 2024

Presiden Xi Jinping bertemu dengan ketua-ketua badan eksekutif, legislatif dan kehakiman Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macau, di Macau pada petang Khamis.

Xi berkata bahawa sejak lima tahun lalu, di bawah pimpinan Ketua Eksekutif Ho Iat Seng, badan-badan eksekutif, legislatif dan kehakiman Macau telah melaksanakan prinsip "satu negara dua sistem" secara menyeluruh, tepat dan tegas, sekali gus berbakti kepada kemakmuran, ketenteraman dan pembangunan di Macau. Kerajaan pusat memberikan penilaian dan pengiktirafan tinggi atas kerja kerajaan penggal ini.

Pada petang hari yang sama, Xi juga bertemu dengan perwakilan pasukan perkhidmatan disiplin Macau.

Video

Berita Berkaitan