Lalu Lintas Sibuk antara Tanah Besar, SAR

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 18 Februari 2024

Panorama Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Makau pada Disember. (China Daily/Qian Wenpan)

Panorama Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Makau pada Disember. (China Daily/Qian Wenpan)

Aliran penumpang antara Tanah Besar dengan wilayah pentadbiran khas Hong Kong dan Makau mencatatkan rekod tertinggi semasa tempoh cuti sempena Tahun Baharu Cina.

Menurut statistik rasmi, stesen pemeriksaan sempadan di sebelah Tanah Besar merekodkan lebih 144,000 perjalanan menerusi Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Makau pada Selasa lalu, menjadikannya hari paling sibuk bagi seksyen tersebut sejak jambatan mega itu dibuka pada hujung 2018.

Sidang media Rabu lalu memaklumkan bahawa stesen berkenaan yang terletak di Zhuhai, provinsi Guangdong, telah mengendalikan lebih daripada 18,000 bas dan kereta pada hari Selasa, tertinggi bagi mana-mana pintu sempadan di China dalam masa sehari.

Hari sebelum iaitu Isnin, stesen sama merekodkan lebih daripada 130,000 perjalanan, paling banyak dalam sehari bagi stesen tersebut setakat hari itu.

Video

Berita Berkaitan