- Lain-lain
Xi Harap Macau Mantapkan Lagi Praktik 'Satu Negara Dua Sistem'
Presiden China Xi Jinping menghadiri perhimpunan meraikan ulang tahun ke-25 kepulangan Macau ke pangkuan tanah air serta majlis angkat sumpah kerajaan penggal keenam Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macau pada Jumaat.
Xi dalam ucapannya berkata pencapaian cemerlang yang diraih Macau sepanjang 25 tahun membuktikan kepada dunia bahawa 'satu negara, dua sistem' mempunyai kelebihan menonjol dari segi keinstitusian dan kedinamikan luar biasa.
Beliau menyatakan 'satu negara, dua sistem' perlu dikekalkan kerana dasar itu membantu menjamin kemakmuran dan kestabilan jangka panjang di Hong Kong dan Macau, berkhidmat kepada perjuangan membina negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa, serta mencapai kewujudan bersama secara aman dan kerjasama saling untung antara sistem sosial berbeza.
Menurut Xi, nilai keamanan, keterangkuman, keterbukaan dan perkongsian yang terkandung dalam dasar berkenaan patut dijaga bersama.
Beliau mahu kerajaan penggal baharu Macau menyatupadukan segenap lapisan masyarakat ke arah menyingkap lembaran baharu dalam praktik dasar 'satu negara, dua sistem'.
Xi menitipkan harapan supaya Macau menumpukan kepada usaha menggalakkan kepelbagaian ekonomi secara sederhana, meningkatkan kecekapan tadbir urus, membina platform keterbukaan bertaraf lebih tinggi serta menjaga keharmonian dan kestabilan sosial.
Pada hari sama, Sam Hou Fai mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua eksekutif baharu SAR Macau di hadapan Presiden Xi.
- Presiden Xi Bertemu Ketua Eksekutif Baharu Macau Sam Hou Fai
- Macau Raih Pencapaian Luar Biasa dalam 25 Tahun
- Xi Hadir Jamuan Makan Malam di Macau
- Xi Bertemu Ketua Badan Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman Macau
- Peng Liyuan Kunjungi Muzium Macau
- Xi Bertemu Perwakilan Pelbagai Kalangan Masyarakat Macau
- Xi Bertemu Mantan Ketua Eksekutif SAR Macau Ho Hau Wah, Chui Sai On
- Presiden Xi Hadir Gala Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Pengembalian Macau ke Tanah Air
- Macau Menuju ke Arah Menjadi Hab Sukan
- Presiden Xi Tiba di Macau