Pengendalian Kontena Pelabuhan Shanghai Lebih 50 Juta TEU

(CRI)Isnin 23 Disember 2024
Pengendalian Kontena Pelabuhan Shanghai Lebih 50 Juta TEU

Dermaga Yangshan kendalian Pelabuhan Shanghai telah mengendalikan kontena sebanyak 50 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada tahun 2024, sekaligus menjadi dermaga kontena pertama yang mencecah paras itu di persada dunia.

Dimaklumkan bahawa Pelabuhan Shanghai yang mempunyai 350 laluan pelayaran antarabangsa yang meliputi lebih 700 pelabuhan dari 200 buah negara dan rantau, berada di tangga yang ketiga teratas dalam ranking global hab pengangkutan laut untuk lima tahun berturut-turut.

Setiap lonjakan besar dalam perkembangan pelabuhan dalam senario global tidak terlepas dari penggunaan teknologi pintar dan mesra alam.

Pengoperasian dermaga Yangshan dalam fasa keempat berdasarkan teknologi automatik, bukan sahaja kondusif bagi peningkatan kapasiti pengendalian kontena di Pelabuhan Shanghai, tetapi juga merupakan satu pakej penyelesaian tentang pembinaan dermaga pintar yang "bercirikan China" yang boleh diteladani di persada dunia.

"Hasil yang dibuahkan dalam pelaksanaan projek penyelidikan dan penggunaan teknologi kritikal dermaga kontena automatik Yangshan fasa keempat telah diperkenalkan kepada 14 dermaga di dalam dan luar negeri," kata Pengurus Besar Teknologi Nezha Korporat Pelabuhan Shanghai, Huang Heng.

Dimaklumkan lagi, pengisian semula gas asli cecair (LNG) sudah dijadikan satu operasi rutin di Pelabuhan Shanghai di mana juga pernah dilaksanakan pengisian bahan bakar metanol yang bersifat mesra alam dari kapal ke kapal.

Video

Berita Berkaitan