Kerja Persiapan Sukan Asia Musim Sejuk Harbin Berjalan Lancar

(CRI)Selasa 24 Disember 2024

Pelbagai kerja pembinaan peringkat awal untuk Sukan Asia Musim Sejuk (AWG) ke-9 sudah disiapkan, manakala pelbagai pertandingan ujian untuk setiap acara pula sudah atau akan dimulakan berturut-turut di sini dalam tempoh masa lebih sebulan di ambang temasya itu.

Naib Ketua Setiausaha Jawatankuasa Ekskutif AWG yang juga Ketua Jabatan Sukan Bandar Harbin, Bai Zhiguo memaklumkan bahawa kerja persiapan untuk AWG ke-9 yang bakal berlangsung di provinsi Heilongjiang pada 7 hingga 14 Februari 2025 berjalan lancar pada masa sekarang, terutamanya pelbagai tugasan utama yang sedang dipergiatkan mengikut jadual. Setakat 30 hb Oktober lalu, semua venue, gelanggang dan hotel yang terlibat telah siap dibina atau diubahsuai, sebanyak 6 buah projek pengubahsuaian infrastruktur stesen kereta api telah selesai dilaksanakan, dan projek utama landasan No.2 timur Lapangan Terbang Antarabangsa Taiping di bandar Harbin juga selesai dilaksanakan dan dijangka beroperasi menjelang 24 Januari 2025.

Bai berkata, terdapat sebanyak 14 pertandingan ujian yang diadakan pada tempoh masa dari Oktober 2024 hingga Januari 2025 menurut "Pelan Pertandingan Ujian Sukan Asia Musim Sejuk Ke-9 Tahun 2025", dengan 7 acara yang sudah melabuhkan tirainya termasuk luncur ais trek pendek, luncur ais figura, luncur ais laju, hoki ais lelaki, hoki ais wanita, curling‌ dan ski alpine.

Video

Berita Berkaitan