- Lain-lain
Harbin Siap Siaga Jadi Tuan Rumah Sukan Asia Musim Sejuk
Foto maskot Sukan Asia Musim Sejuk ke-9, Binbin dan Nini yang merupakan sepasang harimau Siberia, diperkenalkan pada 11 Januari 2024 di Harbin, Provinsi Heilongjiang. (foto/Xinhua)
Menjelang kurang daripada 50 hari penganjuran Sukan Asia Musim Sejuk ke-9, Harbin, ibu kota Provinsi Heilongjiang itu sedang bersiap siaga memastikan kerja-kerja persiapan berjalan lancar seperti yang dijadualkan, lapor agensi berita Xinhua.
Sinonim sebagai syurga ais dan salji di timur laut China, Harbin kini rancak dengan kehadiran elemen segar seperti poster, maskot dan pengiraan detik pelancaran kedatangan semula gala sukan musim sejuk antara benua tersebut selepas hampir tiga dekad.
Sejak kali terakhir penganjuran temasya sukan itu pada 1996, Harbin akan mengalu-alukan kedatangan bakat-bakat terbaik dalam sukan ais dan salji daripada 34 Jawatankuasa Olimpik Negara untuk merebut 64 acara berpingat dari 7 hingga 14 Februari depan.
Menurut Xinhua, pihak penganjur turut melipat gandakan usaha untuk mempromosi penyertaan pelancongan dan sukan musim sejuk di kawasan tersebut.
Difahamkan, tujuh daripada 14 acara ujian yang dirancang untuk temasya sukan itu telah diselesaikan mengikut piawaian antarabangsa, meliputi sukan seperti luncur laju, luncur figura, hoki ais dan luncur ski Alp.
Lapor Xinhua lagi, sejumlah 31 hospital telah disediakan khusus untuk perkhidmatan rawatan temasya sukan itu, dengan 550 anggota perubatan telah dilatih dan ditempatkan di serata lokasi bagi memberikan pertolongan cemas.
Pada masa sama, lebih 700 hidangan akan disediakan di dalam menu hotel untuk memenuhi cita rasa anggota dan atlet antarabangsa.
Timbalan setiausaha agung jawatankuasa penganjuran temasya sukan itu, Bai Zhiguo berkata pihaknya telah beralih kepada fasa pengoperasian susulan kelancaran dan kejayaan fasa perancangan.
Beliau turut menzahirkan kepercayaan bahawa temasya sukan itu akan menjadi kejayaan yang tidak akan dilupakan.
Kesiapsiagaan Harbin selaku penganjur dan kepakaran jawatankuasa penganjur turut mendapat pujian daripada Majlis Olimpik Asia.
Presidennya, Raja Randhir Singh berpendapat bahawa China berpengalaman luas dalam penganjuran acara sukan yang pelbagai dan Harbin berjaya mencuri tumpuan antarabangsa.
- Minat Beriadah Membara di Harbin Menjelang Sukan Musim Sejuk Asia ke-9
- Pangkalan Industri Lama Depan Peluang Baharu
- Pelajar Thailand Ukir Kemenangan dalam Kedinginan Harbin
- Hengdaohezi, “Pekan Kecil Ditarik oleh Kereta Api”
- Pemandangan Malam Sawah Padi di Heilongjiang
- Taman Tema Ais dan Salji Tertutup Terbesar di Dunia Dibuka di Harbin
- China, IOC Sedia Tingkatkan Kolaborasi, Majukan Gerakan Olimpik
- ‘Bandar Ais’ China Sejukkan Pengunjung Daripada Bahang Musim Panas
- Obor, Pingat, Lagu Sukan Musim Sejuk Asia Diumumkan
- Presiden OCA Yakin Sukan Asia Musim Sejuk 2025 Berjalan Lancar
- Kerja Persiapan Sukan Asia Musim Sejuk Harbin Berjalan Lancar
- Cahaya Utara Dilihat Merata Heilongjiang
- Perarakan Penguin di Harbin!
- Dunia Ais dan Salji Harbin ke-26 Kini Dalam Pembinaan
- Ayuh Kumpul Ais di Harbin!
- Menara Utama Dunia Ais dan Salji Harbin ke-26 "Asia Concentric" Siap Dibina
- Orang Salji Gergasi Kembali di Harbin!
- Dunia Ais dan Salji Harbin ke-26 Dirasmikan
- Ekspo Seni Arca Salji Harbin Dibuka kepada Umum
- Jom Ke China | Harbin, “Kota Ais” China