- Lain-lain
Permintaan Tinggi Saksi Langganan 5G China Langkau Angka 1 Bilion
Peserta melawat reruai pameran China Telecom semasa Persidangan Kenderaan Tersambung Pintar Dunia 2024 di Beijing, ibu kota China pada 17 Oktober 2024. (Xinhua/Chen Zhonghao)
Langganan telefon bimbit 5G China pada penghujung November telah mencecah 1.002 bilion, sekali gus menjadi detik penting dalam pasaran telekomunikasi terkemuka dunia tersebut, lapor agensi berita Xinhua pada Isnin.
Memetik data Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT), angka tersebut mewakili 56 peratus daripada kesemua langganan telefon bimbit di China, yang memperlihatkan peningkatan 9.4 mata peratusan berbanding penghujung tahun terdahulu.
Pertumbuhan pesat dalam langganan 5G itu telah disokong oleh pembangunan infrastruktur yang sangat kukuh. Data MIIT turut menunjukkan bahawa China telah mempunyai sekitar 4.2 juta stesen tapak 5G setakat hujung bulan lalu.
Pada awal tahun ini, pihak industri menunjukkan bahawa stesen tapak 5G China telah meliputi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan global, secara tidak langung mempamerkan kedudukan China sebagai pendahulu dalam pemasangan 5G di seluruh dunia.
Menurut laporan Sistem Global untuk Persatuan Sistem Global untuk Komunikasi Mudah Alih (GSMA), ekosistem mudah alih yang ditunjangi 5G China telah mewujudkan 8 juta peluang pekerjaan pada 2023.
Sebagai infrastruktur ekonomi digital utama, 5G dilihat berperanan penting dalam pembangunan tenaga produktif berkualiti baharu di China, yang menggalakkan intergasi pelbagai teknologi digital melalui keterhubungan di pelbagai tempat.
Laporan Mobiliti Ericsson terkini menunjukkan bahawa langganan 5G global telah bertambah sebanyak 163 juta pada suku ketiga tahun ini kepada 2.1 bilion, sementara langganan 4G terus menurun susulah peralihan pelanggan kepada 5G.
Gergasi telekomunikasi Sweden itu turut memberitahu bahawa langganan 5G dijangka mencecah hampir 2.4 bilion menjelang penghujung tahun ini, secara tidak langsung mewakili lebih 25 peratus langganan semua telefon mudah alih di seluruh dunia.
Laporan itu turut menyatakan bahawa jumlah keseluruhan langganan 5G diunjurkan mencapai angka 6.3 bilion, mewakili 67 peratus daripada kesemua langganan mudah alih pada 2030.