- Lain-lain
Hubungan Baik Malaysia-China Signifikan bagi Keselamatan dan Kestabilan Serantau
Hubungan baik antara Malaysia dengan China bukan sahaja menguntungkan kedua-dua negara, tetapi juga adalah penting untuk keselamatan dan kestabilan serantau.
Demikian dinyatakan Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG) di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, selama setahun bertugas sebagai Duta Besar di China, beliau dapat menyaksikan secara langsung pelbagai visi antara pemimpin kedua-dua negara yang selari, yang menjadi asas kepada kerjasama dua hala antara Malaysia dan China.
"Penyertaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Ekspo Import Eksport Antarabangsa China (CIIE) sebagai negara tetamu kehormat menandakan komitmen Malaysia terhadap hubungan dua hala dengan China.
"Komitmen China dalam memastikan keterbukaan dan pembangunan bermutu tinggi adalah selaras dengan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang disarankan oleh Presiden Xi Jinping," kata beliau.
China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut sejak tahun 2009. China juga merupakan salah satu sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia.
Norman berkata, pelaburan dari China telah memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor termasuk pembuatan dan infrastruktur di Malaysia.
"Inisiatif seperti menawarkan tarif sifar kepada negar-negara membangun membuktikan komitmen China dalam mendorong perkongsian yang saling menguntungkan dan mempromosikan perkongsian bersama," kata Norman lagi.
Menyentuh pembangunan dan kestabilan serantau, beliau berkata, Malaysia telah mengambil alih penyelaras hubungan ASEAN-China dan akan menyandang pengerusi ASEAN pada 2025. Malaysia diharapkan memanfaatkan peluang ini untuk memperkukuh lagi kerjasama serantau terutama dalam perdagangan ekonomi digital, dan inovasi teknologi.
Norman juga mengucapkan "selamat Tahun Baharu Cina" kepada rakyat di Malaysia dan China.
"Semoga pada 'tahun ular' ini, hubungan antara dua negara dapat meningkat lagi dan menjadi lebih rapat," kata beliau.
- Delegasi PKC Lawat Malaysia
- Persidangan 'Understanding China' 2024 Platform untuk Dalami Dasar Negara China
- Pembinaan Komuniti Kongsi Masa Depan Malaysia-China Memuncak - wawancara bersama PM Anwar Ibrahim
- Hubungan Akrab Malaysia-China Hasil Pemikiran Yang Sama Pemimpin Kedua-dua Negara - Mohamad Hasan
- Presiden Xi Bertemu PM Anwar
- Li Qiang, Anwar Komited Wujudkan Kemakmuran Bersama China-Malaysia
- Sultan Ibrahim Sifatkan Lawatan ke China Sebagai Satu Kejayaan
- China Iltizam Bersama Malaysia Gerakkan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib
- Bebas Visa: Xinjiang Sambut Penerbangan Sewa Khas Pertama dari Malaysia
- China Kekal Destinasi Utama bagi Eksport Durian Malaysia