Xi Zahir Takziah Susulan Nahas Azerbaijan Airlines

(CRI)Jumaat 27 Disember 2024

Presiden Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Presiden Rusia Vladimir Putin and Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev pada Khamis susulan nahas pesawat Azerbaijan Airlines.

Xi berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai nahas tragik yang menyebabkan kehilangan nyawa itu.

Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menyatakan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa nahas berkenaan, dan mendoakan mereka yang cedera agar segera sembuh.

Video

Berita Berkaitan